Aaliyah Massaid tak maafkan netizen hina rupa anak

Menerima pelbagai reaksi negatif, pasangan selebriti popular Indonesia, Thariq Halilintar dan Aaliyah Massaid memutuskan untuk tidak berkongsi wajah anak kepada umum.

Aaliyah atau nama lengkapnya Aaliyah Annisa Jeffar Massaid, 23, menegaskan dia sama sekali tidak akan memaafkan individu yang berkata buruk tentang anaknya.

“Saya tidak akan sesekali maafkan mereka yang mengeji anak saya.

“Harap doa yang buruk itu kembali kepada mereka,” katanya.

Perkara tersebut tercetus selepas seorang individu membuat andaian wajah anak Thariq dan Aaliyah mengalami kecacatan fizikal sehingga pasangan itu malu mahu menunjukkan zuriat mereka kepada khalayak.

Tambah Aaliyah yang cukup popular menerusi siri Bintang Di Langit, dia berharap komen buruk yang dibuat netizen menerima balasan setimpal daripada Tuhan.

Sebelum ini, Aaliyah dan Thariq mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka kepada umum buat sementara waktu kerana mahu menjaga privasi keluarga.

Sekadar info, Thariq dan Aaliyah mendirikan rumah tangga pada 26 Julai 2024.

Pasangan itu dikurniakan anak sulung pada 13 Jun lalu melalui pembedahan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok