Demi Lovato, Jordan Lutes rasmi suami isteri

SELEPAS tiga tahun bercinta, bintang pop terkenal Demi Lovato akhirnya melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya apabila sah bergelar isteri kepada penulis lirik, Jordan Lutes baru-baru ini.

Pasangan itu disatukan dalam majlis perkahwinan yang eksklusif dan romantik yang dihadiri keluarga serta kenalan rapat di California.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran tiga anjing kesayangan mereka.

Memetik laporan media Vogue, penyanyi lagu Skyscraper itu tampil anggun menggayakan busana perkahwinan berwarna putih rekaan jenama mewah Vivienne Westwood.

Malah untuk majlis resepsi pula, penyanyi berusia 32 tahun itu turut mengenakan gaun putih sutera satin ivory dengan korset dan dihiasi mutiara hasil rekaan pereka sama.

Difahamkan kedua-dua persalinan pengantin berkenaan merupakan rekaan idaman Demi sejak dahulu lagi.

“Saya memang dah lama minat dengan rekaan Vivienne Westwood.

Bila saya fikir tentang gaya gaun yang saya mahu, saya selalu teringat balik rekaan Vivienne terutamanya potongan gaunnya yang sangat cantik ikut bentuk badan dan cara dia gunakan elemen korset,” katanya.

Sebelum ini, Demi dan Jordan mula berkenalan pada pada Januari 2022 ketika berkerjasama dalam menghasilan lagu Subsatnace dan mengumumkan pertunangan mereka pada Disember 2023. – HIBLGAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok