Romantik, kelakar ciri lelaki idaman Ameera Khan

ROMANTIK dan kelakar antara ciri lelaki idaman pempengaruh tersohor Ameera Khan untuk dijadikan kekasih.

Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 24, berkata, dua ciri itu merupakan perkara penting buat dirinya dalam menentukan pasangan.

Malah, adik kepada usahawan selebriti Neelofa itu turut mengharapkan pasangannya nanti menghormati dan menyokong kerjayanya.

“Romantik dan kelakar penting jadi saya pilih kedua-duanya. Penampilan pula, gaya kasual dengan kemeja-T sudah memadai.

“Rambut pula gaya sederhana. Tentulah saya ingin dia menyokong kerjaya dan apa jua yang saya lakukan,” katanya dalam satu video temu bual di aplikasi TikTok.

Dalam pada itu, Ameera berkata, ketinggian lelaki tersebut bukan hal utama yang diambil kira.

“Sama ada tinggi atau rendah, paling penting lelaki itu perlu mempunyai keyakinan. Saya suka lelaki yang boleh menjadi pendengar yang baik.

“Bagi saya, dia mestilah seorang yang bercita-cita tinggi. Penting untuk dia mempunyai visi terhadap diri sendiri kerana bagi saya itu perkara yang amat diperlukan,” katanya.

Sebelum ini, Ameera menjadi sorotan ramai apabila memuat naik video bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol.

Terdahulu, beberapa individu popular termasuk pelakon Meerqeen pernah dikaitkan ada hubungan istimewa dengan Ameera. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok