MESKI kecoh isu kediaman Datuk Seri Vida disita, anaknya iaitu Cik B kelihatan tenang mengendalikan situasi.
Dalam masa sama, Cik B atau nama lengkapnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, menasihatkan orang ramai agar bersabar.
Kalian, sabarlah fasal yang kena sita.
“Insya-Allah, semua akan okey,” katanya dalam InstaStory.
Dalam hantaran sama, Cik B yang kini berada di Barcelona, Sepanyol memuat naik gambar makanan seolah-olah membuktikan dirinya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Sebelum ini, media melaporkan aset seperti barangan rumah, kediaman dan kereta Vida disita selepas gagal membayar hutang pada 2018.
Tindakan sita tersebut dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Vida gagal memberi sebarang respons untuk membayar kembali ganti rugi pada tahun 2023. – HIBGLAM