KHABAR angin tentang keretakan rumah tangga pelakon Indonesia, Baim Wong akhirnya terjawab apabila aktor itu memfailkan cerai terhadap isterinya, Paula Verhoeven, semalam.
Perkara tersebut disahkan peguam yang mewakili Baim dan memaklumkan bahawa permohonan perceraian tersebut telah dibuat di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia.
Ya, betul Baim ada failkan perceraian,” katanya ringkas.
Sebelum ini, kemelut rumah tangga pasangan itu menjadi bualan hangat netizen apabila melihat Paula menunaikan ibadah umrah bersendirian tanpa kehadiran suami.
Bagaimanapun, pasangan itu enggan memberikan sebarang respons terhadap khabar angin yang bertebaran.
Lebih menguatkan andaian apabila pemilik nama lengkap Muhammad Ibrahim, 43, mengakui sudah jarang pulang ke rumah dan sering tidur di pejabat.
Baim dan Paula yang mendirikan rumah tangga pada 2018 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo, 2. – HIBGLAM