Rancak berzumba, netizen bandingkan Puteri Sarah, Ira Kazar

MERIAH nampaknya program zumba anjuran sebuah syarikat pengeluar minuman kesihatan yang menghimpunkan ramai selebriti sensasi baru-baru ini.

Antara artis yang turut serta termasuklah, Fasha Sandha, Puteri Sarah Liyana, Nora Danish, Abby Abadi dan anaknya, Marissa Dania.

Sudah nama pun berzumba, semua selebriti bergoyang mengikut irama yang menjadi latar bagi pergerakan mengeluarkan peluh itu.

Cuma tak seronoknya apabila ada yang meninggalkan komen mengkritik cara pelakon Puteri Sarah berzumba apabila didakwa tergedik-gedik.

Entahlah, pergerakan ibu tunggal itu nampak macam biasa. Selepas itu ada pula, membandingkannya dengan bekas isteri kedua Syamsul Yusof, Ira Kazar yang disifatkan lebih ‘tertutup’ dan lembut.

Tidak pasti pula tujuan individu terbabit meninggalkan komen sedemikian, seolah-olah mahu melaga-lagakan mereka.  – HIBGLAM

MIZZ LAHAR: Seronok tengok Abby Abadi dengan Marissa Dania sudah berbaik semula.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok