Kalau saya tak buat persembahan, ada peluang disingkirkan – Ayda Jebat

Penyanyi Ayda Jebat mengakui persembahan terganggu selepas terjatuh beberapa hari sebelum beraksi di pentas separuh akhir The Hardest Singing Show (THSS), malam tadi.

Kata Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 32, dia terpaksa mengubah beberapa aksi bagi memastikan kesihatan fizikalnya berada dalam keadaan stabil menjelang pentas akhir minggu hadapan.

Saya jatuh Jumaat, betul-betul sebelum memulakan latihan saya jatuh. Kalau tanya saya memang sedikit terganggu.

“Minggu ini pun ada pertukaran sebab saya mahu sembuh sebelum persembahan minggu hadapan. Takut kalau memaksa sangat akan lagi sakit.

“Cuma apabila terjatuh dalam kepala saya memang sakit tetapi saya kecewa juga kerana mesti ada perubahan dalam persembahan,” katanya.

Ditanya mengenai bahagian yang ditukar, pelantun lagu Nakal Nakal Nakal itu bernasib baik apabila tidak jatuh di atas pentas yang boleh mengakibatkan kesan lebih teruk.

“Sepatutnya bahagian masuk penari akan lambung saya.

Saya akan melayang tetapi mungkin masa itu boleh cuba di atas pentas sahaja dan pasukan saya tidak tahu nak lambung tinggi mana.

“Nasib baik masa jatuh atas karpet. Kalau di atas pentas mungkin lebih bahaya,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Ayda turut memaklumkan pasukannya sudah menyediakan beberapa perancangan supaya dapat kekal ke peringkat seterusnya.

“Kita belajar banyak ‘backup plan’, kalau tidak sesuai ada dua ke tiga boleh ganti.

Kalau kritikal sangat saya tidak tahu dan ada tanya pihak Astro jika saya tak buat persembahan mereka kata tersingkir.

“Saya pun rehat secukupnya. Nabil pun ada pesan kalau tidak boleh lakukan beritahunya untuk tukar,” jelasnya.

Ayda bersama beberapa peserta lain seperti Aisha Retno, Putera Muhammad, Stacy, Zizie Kirana dan Aepul Roza layak ke pentas akhir THSS pada 14 Julai depan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok