Vokalis Bittersweet cedera terjatuh pentas

VOKALIS kumpulan Bittersweet Hafizan Razali atau Fizan mencetuskan momen panik dalam kalangan penonton apabila terjatuh dari pentas ketika membuat persembahan konsert Indiescovery 2026 di Zepp Kuala Lumpur, di sini, malam tadi,.

Dalam kejadian tersebut, Fizan dilihat berjalan ke hadapan pentas sebelum terjatuh secara tiba-tiba ke bahagian bawah ketika menyampaikan lagu Come On dan Simone.

Rentetan itu, dia mengalami kecederaan pada bahagian muka dan menerima rawatan kecemasan selepas kembali naik ke pentas

“Alhamdulillah semuanya selamat, panjang umur.

Hidung rasa macam senget namun semuanya okey, jangan risau,” katanya.

Tidak berpanjangan, dia teyap meneruskan persembahan kerana enggan mengecewakan peminat yang membeli tiket konsert tersebut.

Menerusi hantaran InstaStorynya, Fizan memaklumkan dia mengalami kecederaan termasuk bengkak dan luka pada bahagian kening.

“Maaf tak dapat nak balas semua. Dipendekkan cerita, ada luka berukuran tiga sentimeter (cm) antara kening dan mata.

Hidung senget saya luruskan sebelum naik ke pentas semula. Sekarang hidung macam kaburator tersumbat, gegaran ringan dan muka bengkak sebelah.

“Esok (hari ini) saya kongsi keputusan imbasan tomografi berkomputer (CT scan). Doakan tiada apa-apa yang serius, terima kasih atas semua keprihatinan,” ujarnya.

Selain Bittersweet, kumpulan Masdo, Bunkface dan Butterfingers turut membuat persembahan pada Konsert Indiescovery 2026. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok