Soo-hyun dilarang hadir majlis kahwin bapa

PENYANYI Kim Chung-hoon yang juga bapa kepada pelakon Kim Soo-hyun dilaporkan kembali menamatkan zaman solonya pada hujung minggu lalu.

Kemeriahan majlis Chung-hoon bagaimanapun tidak diserikan kehadiran anak sendiri, Soo-hyun.

Bukan tidak sudi, Soo-hyun sebenarnya sudah awal-awal lagi dilarang hadir ke perkahwinan tersebut atas permintaan bapanya tanpa alasan kukuh.

Menurut agensi penyanyi itu, Chung-hoon mengadakan majlis perkahwinan pada 13 April lalu di rumahnya di Gangnam, Seoul.

Perkahwinan tersebut dihadiri rakan penyanyi rapat seperti Kim Bum-ryong, Jo Young-gu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok