“KALAU kamu masih berstatus suami orang, status isteri orang, kalau curang tetap salah.”
Demikian peringatan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Caprice berkenaan tindakan salah menjalin hubungan terlarang walau hanya sekali sahaja kecurangan dilakukan terutama membabitkan isteri atau suami orang.
Caprice atau Ariz Ramli, 36, berkata tindakan pelakon, Bella Astillah mempunyai hubungan dengan lelaki lain iaitu Muaz Zabir ketika masih isteri kepada Aliff Aziz dikatakan tidak berbeza dengan kecurangan dilakukan suaminya itu.
Ujarnya, biarpun ibu kepada dua anak itu memberi alasan menggunakan lelaki lain bagi menarik perhatian suami, perbuatan sebegitu tidak wajar dalam Islam.
Tak kisahlah berapa kali kamu curang, satu kali ke, dua kali ke, tiga kali ke, 10 kali ke 30 kali ke, salah tetap salah, tak kira apa kamu punya alasan.
“Kepada sesiapa nak sebelahkan perempuan ke lelaki itu, kamu tak faham hukum dalam Islam kalau curang dalam status berkahwin,” katanya menerusi video dalam Instagram.
Katanya, berskandal ketika masih dalam perkahwinan disuarakan berikutan ada dalam kalangan netizen seolah-olah memberi restu terhadap perbuatan Bella.
Caprice mengakui hairan dengan sikap penyokong berkenaan pendedahan yang diakui wanita terbabit dengan alasan hanya berbuat demikian sekali berbanding Aliff yang curang sebanyak 11 kali.
Saya tak faham sesetengah orang yang masih nak berdebat pasal benda ini. Dosa tetap dosa tak kira berapa kali pun kecurangan dibuat.
“Cuba bayangkan situasi begini, hei suami, awak cium berapa perempuan lain tahun ini, aku cium 11 perempuan.
“Hei isteri orang, awak cium berapa lelaki lain tahun ini, saya cium seorang saja lelaki, minta maaf saya khilaf.
“Nampak tak betapa bodohnya pertelingkahan pendapat seperti itu. Kita boleh kasihan pada orang, tapi lebih baik doa untuk mereka bertaubat, bukan sokong buat dosa,” katanya.
Kelmarin, Bella mendedahkan suaminya curang dengan 11 wanita termasuk adik penyanyi dan pelakon itu sendiri, Erica Astillah. – HIBGLAM