Han Ga-in dedah wajah anak selepas 6 tahun

SELEPAS enam tahun, buat pertama kali, pelakon Han Ga-in mendedahkan wajah anak keduanya dalam sebuah program televisyen.

Semuanya berlaku dalam rancangan realiti Europe Outside Your Tent yang berkongsi momen mengemas beg sebelum dia memulakan perjalanan perkhemahan pertama di Perancis.

Lebih mengujakan, aktiviti perkhemahan tersebut dilakukan bersama kedua-dua anaknya.

Sepanjang rancangan ditayangkan, mata netizen lebih tertumpu kepada anak bongsu Ga-in, Jae-woo kerana baru pertama kali melihatnya selepas enam tahun dilahirkan. – HIBGLAM 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok