318
PELAWAK Jo Se-ho akhirnya mendedahkan hubungan percintaannya bersama seorang wanita sembilan tahun lebih muda berbanding dirinya.
Lebih teruja, selepas setahun berkenalan, mereka juga merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
Hal tersebut dimaklumkan pihak agensinya, A2Z Entertainment yang mengatakan Se-ho sering memberitahu orang sekelilingnya mengenai perihal perkahwinan.
Menurut sumber, pasangan pelawak berusia 41 tahun itu bekerja di sebuah syarikat yang memiliki rupa paras menawan serta bijak. – HIBGLAM