Macam peminat M. Nasir, datang konsert saya – Anuar Zain

HAMPIR empat dekad bertapak dalam industri seni muzik tanah air, penyanyi Anuar Zain mengakui bahawa kelompok peminatnya datang daripada latar belakang yang berbeza-beza.

Kata Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, kadang-kadang dia sendiri tidak dapat mampu mengecam peminat muzik sendiri yang hadir ke persembahan atau konsert dijayakannya.

“Kadang-kadang tengok seorang peminat, dalam hati saya berpikir ‘dia ni mesti minat M. Nasir’, tapi datang konsert kita.

I cannot tell (saya tak tahulah). Ada juga mengaku datang konsert saya, tapi saya musykil sama ada betul atau tidak ‘brader’ ni. Tengok gaya macam pergi tengok konsert Faizal Tahir,” ujarnya.

Konsert AZ 40 Anuar Zain akan berlangsung pada 17 Februari depan di JioSpace, Petaling Jaya.

Ungkap Anuar, 54, penuh maksud tersirat, penampilan seseorang itu tidak langsung menggambarkan cita rasa muzik mereka.

Kadang-kadang orang ini, luar lain di dalam lain.

“Yang saya terkejut ada yang usia awal 20-an, budak-budak muda minat lagu-lagu saya.

Ada yang umur muda-muda boleh nyanyi lagu Sedetik Lebih, Keabadian Cina membuatkan saya betul-betul bersyukur,” ujarnya.

Jelasnya, sebagai seorang penyanyi yang semakin lama semakin berusia, pelantun lagu Bila Resah itu terkejut apabila para peminatnya berselerak di serata tempat.

“Budak Alor Setar pun dengar lagu saya. Sejujurnya, saya kita tak tahu siapa minat kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, selepas kejayaan konsert Anuar Zain 40th Anniversary Oktober tahun lalu, Anuar bakal menghiburkan 1,000 orang peminat bertuah menerusi persembahan eksklusif, AZ40 Anuar Zain Exclusive Up Close & Personal.

Persembahan akan berlangsung pada 17 Februari depan di JioSpace, Petaling Jaya.

Tiket konsert kini boleh didapati menerusi laman web, www.jiotix.asia atau hubungi talian 011-11900518.

Disebabkan ramai yang tak boleh ‘move on’ dengan konsert saya Oktober tahun lalu, saya terpanggil untuk bikin persembahan yang lebih eksklusif,” kata Anuar.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok