SEMOGA Allah beri petunjuk kepada pemfitnah.”
Demikian kata ibu pelakon terkenal, Zahirah Macwilson iaitu Maslinda Yusoff yang menafikan tuduhan Fathia Latiff yang mendakwa anaknya itu melakukan prosedur menebalkan bibir.
Maslinda berkata, anak sulungnya itu tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain selain memanjatkan doa agar Fathia diberikan petunjuk.
Ya Allah, Zahirah sikit pun tak kacau hidup dia. Bibir Ira dan Isaac kan sama. Macam mana buat pulak?
“Semoga Allah beri petunjuk kepada manusia yang membuat fitnah,” katanya menerusi ruangan komen sebuah portal hiburan.
Dalam masa sama, Maslinda terkilan wajah anaknya disamakan dengan pembantu rumah atau bibik dan juga segala penghinaan dihamburkan Fathia.
Semalam, Fathia tampil dalam sebuah video menyamakan wajah Zahirah seperti bibik atau pembantu rumah bagi membalas komen netizen yang memberitahu Zahirah lebih cantik berbanding dirinya.
Pelakon berusia 37 tahun itu juga turut mendakwa Zahirah membuat suntikan kecantikan dan pembedahan plastik pada bahagian bibir.
Tidak terhenti di situ, hari ini Fathia membandingkan wajah zaman kanak-kanaknya dengan aktres tinggi lampai itu.
Sebelum ini, Aiman dan Fatiya pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun hubungan mereka berakhir pada 2015.
Selepas itu, Aiman mendirikan rumah tangga bersama Zahirah pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.
Pasangan sama cantik sama padan itu juga bakal menimang cahaya mata kedua selepas memaklumkan berita gembira itu dalam Instagram pada pertengahan Disember lalu. – HIBGLAM