Joo-hyun nyaris bunuh diri

Tidak kuat menangkis segala komen jahat netizen, penyanyi Ock Joo-hyun mengakui mengalami tekanan emosi melampau dan pernah terfikir untuk membunuh diri.

Jelas si jelita itu, dia tidak tahu hujung pangkal mengapa netizen seolah-olah tidak menyukainya bahkan apa sahaja yang dilakukannya selalu dibenci selain dihambur kata-kata tidak sepatutnya.

“Saya tahu sebagai artis saya kena kuat tapi masalahnya saya tidak kuat, kata-kata mereka (netizen) lebih tajam daripada pedang.

“Saya mengalami gangguan panik dan cemas melampau sehingga terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan.

“Saya juga terfikir untuk mengambil nyawa sendiri tetapi saya takkan mengalah. Mahu tak mahu saya kena berjuang melawan tekanan ini demi orang yang masih sayangkan saya,” ujarnya dalam satu rancangan temu bual.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok