Intan Najuwa tertekan, sukar tidur sebab aduan

BARU beroperasi, nampaknya bisnes kafe berkonsepkan bunga-bungaan milik pelakon Datin Intan Najuwa makin sukses. Ramai betul pelanggan.

Tapi katanya dia berdepan tekanan sejak menguruskan bisnes kafe yang kini sudah menjadi fokus utama selain anak serta suami tercinta.

Dek terlampau mahu memastikan operasi kafe memuaskan hati pelanggan, akui Intan dia mudah terkesan jika menerima aduan pelanggan meskipun hanya membabitkan isu kecil.

Sampaikan sukar tidur malam memikirkan aduan pelanggan sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Alahai jangan begitu Intan. Kesihatan pun kena jaga. Intan maklumkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman pun tumpang stres tengok keadaannya.

Malah, insan kesayangannya itu meminta tutup saja kafe sambil berseloroh kalau Intan tertekan, satu rumah turut sama tertekan.

Janganlah, Diva belum sempat lagi ke kafe yang cantik tu.

DIVA: Siapa agaknya artis hamil melepak kat kelab yang disebut-sebut netizen?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok