Kemalangan, LUN8 batal jadual bertemu peminat

LUN8 terpaksa membatalkan beberapa aktiviti dalam jadual termasuk bertemu peminat apabila ada anggota mereka terlibat dalam kemalangan kecil.

Perkara itu diumumkan label Fantagio yang memaklumkan aktiviti pada hari terbabit telah dibatalkan berikutan tiga anggota kumpulan terbabit dalam nahas jalan raya. 

“Ketika dalam perjalanan ke aktiviti berjadual, kenderaan yang dinaiki Chael, Takuma dan Junwoo dilanggar dari belakang. 

“Chael, Takuma dan Junwoo telah dibawa ke hospital. Selepas pemeriksaan menyeluruh, kakitangan hospital mengesahkan tiada kecederaan teruk.

“Namun sebagai langkah berjaga-jaga, kami mahu semua ahli kumpulan LUN8 berehat demi kestabilan mental dan fizikal,” ujar wakil label tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok