Neelofa ramal Hady Mirza Juara GV10

SELEBRITI popular Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor meramalkan penyanyi Singapura, Hady Mirza bakal dinobatkan sebagai juara program realiti, All Stars Gegar Vaganza (GV10), malam ini.

“Rasanya Hady Mirza juara,” katanya menerusi aplikasi X sebentar tadi.

Selain penyanyi asal Singapura itu, seramai tujuh lagi finalis berentap pada pentas akhir GV10 iaitu Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Tomok, Azharina, Naqiu dan Liza Hanim.

Sebelum ini, Suki Low, Cliff Umar, Datuk Aishah, Ayai Illusi, Zamani, Ezad Lazim, Noryn Aziz dan Aliff Aziz merupakan peserta yang sudah meninggalkan pentas GV10.

Rancangan popular tersebut menyaksikan kesemua bintang diadili juri profesional terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Konsert GV10 diacarakan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil buat pertama kali.

Juara GV10 bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok