Merangkak kau di akhirat, hidup memfitnah orang – Noor Nabila

PEMPENGARUH dan usahawan Noor Nabila tampil menafikan dakwaan yang menuduhnya memasak seekor ayam hitam yang mencecah harga RM800.

Menurut Nabila, 42, tindakan akaun berkenaan hanyalah satu taktik untuk memancing orang ramai menekan pautan (link) yang disediakan bagi menjana pendapatan melalui komisyen jualan.

“Di Threads ramai sejenis pemfitnah macam ini.

“Dia nak pancing kalian tekan dekat Threads dia.

“1000 orang klik 900 beli barang entah apa-apa dia jual pada pautan,” katanya dalam InstaStory.

Kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut, kakak kepada selebriti Neelofa itu turut mengingatkan individu berkenaan tentang pembalasan di akhirat kelak akibat menyebarkan kenyataan palsu.

Tangkap layar penjelasan berkenaan Noor Nabila berhubung tuduhan dia memasak seekor ayam hitam yang mencecah harga RM800 seekor.

“Dah berapa banyak komisyen dia dapat. Hidup dengan memfitnah orang.

“Merangkaklah kau di akhirat nanti nak minta maaf,” ujarnya.

Pada masa sama, Nabila turut menunjukkan tangkap layar harga sebenar ayam hitam tersebut.

“Dari RM800 jadi RM29 ke sis. Nak menipu pun agak-agaklah,” selorohnya.

Sebelum ini, seorang pengguna Threads memuat naik satu hantaran yang memetik nama Nabila selain mendakwa wanita itu menggunakan bahan masakan mahal.

“Noor Nabila masak ayam hitam yang berharga RM800 seekor.

“Yang masa hidup makan jagung saja. Kau ada? Nabila saja mampu,” katanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok