SEDANG belek-belek Instagram, tiba-tiba mata Diva terhenti pada beberapa keping gambar yang dimuat naik penyanyi dan pelakon, MK K-Clique.
Lama Diva tenung dan perhatikan gambar tersebut untuk mendapatkan kepastian. Eh! tangan MK ada tatu ke?
Tatu yang terdapat pada lengan MK kelihatan bentuknya seperti ‘barcode’. Diva cuba untuk bersangka baik, kalau tatu betul, tak mungkin MK ada sengaja menayangnya untuk tatapan umum.
Lagi pun, tidak pernah lagi Diva terbaca mana-mana artikel yang menulis cerita tentang tatu pada lengan penyanyi asal Sabah itu.
Dalam ruangan komen, ada juga netizen yang bertanyakan tentang hal tersebut. Namun diberitahu tatu itu adalah palsu. Mungkin dibuat atas dasar kerja ketika berlakon.
DIVA: Tak pasal-pasal kena maki dengan isteri Remy Ishak gara-gara netizen mempersoalkan wajah anak mereka ditutup.