Noda 6 wanita, Russell Brand meringkuk di penjara? |

PELAWAK dan pelakon Britain, Russell Brand berdepan detik paling getir apabila juri memulakan perbincangan bagi menentukan nasibnya dalam perbicaraan kes rogol dan serangan seksual membabitkan enam wanita.

Brand, 51, berdepan tujuh pertuduhan jenayah termasuk tiga tuduhan rogol, tiga serangan seksual dan satu cubaan melakukan serangan tidak senonoh yang didakwa berlaku antara tahun 1999 hingga 2009.

Perbicaraan di Mahkamah Diraja Southwark itu menyaksikan Brand menafikan semua pertuduhan, malah menegaskan setiap hubungan seksual yang dilakukannya ketika itu atas dasar persetujuan bersama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika memberikan keterangan, bekas suami penyanyi Katy Perry itu mengakui pernah terlalu obses terhadap seks dan mengamalkan gaya hidup bebas, namun menegaskan perkara tersebut tidak bermakna dia pernah memaksa mana-mana wanita melakukan hubungan seksual.

Brand turut menyifatkan persetujuan sebagai perkara paling penting dalam hubungan intim dan menolak dakwaan bahawa dirinya melakukan perbuatan seperti yang dituduhkan.

Dalam hujah pendakwaan, pelakon filem Arthur itu digambarkan sebagai individu yang mengambil kesempatan terhadap wanita, manakala pihak pembelaan berhujah tingkah laku tidak bermoral atau keterlaluan tidak semestinya membuktikan berlakunya jenayah.

Kontroversi terhadap Brand mula mendapat perhatian selepas laporan penyiasatan media Britain pada 2023. 



Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok