“AKU dah tersangat muak dengan isu ini.”
Itu luahan pelawak terkenal, Jep Sepahtu tentang Shuib Sepahtu yang dilihat asyik bermain dengan isu persahabatan.
Menurut Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, dia sudah lama memohon maaf kepada Shuib atas apa yang berlaku dalam hubungan mereka sebelum ini.
“Aku dah minta maaf walaupun macam-macam dah kau buat kat aku. Aku tak kisah pun kau tak balas mesej, tapi janganlah depan umum kau wayang kononnya kau yang terpaling mulia dalam bersahabat.
Mungkin kau risau kot kalau isu ini selesai, dah tak ada pula isu kau nak mainkan. Teringat dulu kau pernah cakap, ‘bad publicity is still publicity’. Hari ini aku nak ingatkan kau, yang aku sama seperti dulu, tak hamak benda-benda publisiti ni.
“Sudah-sudahlah main sentimen persahabatan untuk kau punya ‘marketing’. ‘Game’ apa sebenarnya kau nak main ni? Ke kau tengah khayal?,” tulisnya dalam Instagram.
Suami kepada pelakon Sari Yanti itu turut mengulas isu bayaran tidak sama rata seperti yang didakwa Shuib dan Mamat dalam sebuah program audio siar.
“Rahim ada tunjuk video podcast kau cakap pasal bayaran. Kita tak pernah ‘deal’ untuk kumpulan. Daripada dulu semuanya ‘deal’ individu. Kalau betul memang ada cerita pasal bayaran itu, ‘gentle’ sebut la nama, senang sikit aku nak hantar Letter Of Demand (LOD.
“Jangan berkias-kias dalam podcast dan ‘try hard’ buat orang bersangka buruk untuk benci aku. Aku dah biasa kotorkan tangan untuk pastikan hasilnya bersih, daripada mencuci duit nak nampakkan dia bersih.
Daripada kau duk buat fitnah tak sudah, lebih baik kau selesaikan KWSP orang yang kau dah potong tapi tak bayar. Aku bukan jenis yang makan hak orang bro. Insya-Allah aku sangat jaga sumber yang aku dapat.
“Aku ingat jual air ‘sale’ 150 juta dah boleh hidup tenang dah. Macam-macam orang dah kau kumpul kat podcast kau untuk burukkan aku. Itu pun masih tak tenang ya. Ya kau orang baik , aku orang jahat. Pergilah selamatkan diri kau,” tulisnya.
Jep turut menitipkan pesanan terakhir buat Shuib agar tidak mengganggunya lagi selepas ini kerana dia sibuk membesarkan dua orang anak syurganya.
Pesanan terakhir aku, jangan ganggu aku yang tengah sibuk beri perhatian besarkan dua anak syurga aku. Kalau hidup kau tak tenang, itu kau punya pasal. Jangan ganggu hidup orang lain. Jangan asyik burukkan orang untuk tutup pekung kau,” tulisnya.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberikan kata-kata semangat buat Jep yang selama ini dilihat banyak berdiam diri.
“Lama dia berdiam, akhirnya dia bersuara. Mesti tak tahan sangat. Nampaknya kita memang takkan dapat tengok kumpulan Sepah yang dulu kembali bersama. Tak apalah, harap satu hari nanti semua dapat berakhir dengan baik,” komen netizen.
Dalam hantaran sama, Jep turut berkongsi tangkap layar mesej yang dihantar kepada Shuib untuk bertanya khabar dan ucapan selamat hari raya namun tidak berbalas. – HIBGLAM

