Manisnya percintaan Diana Danielle, Bern!

PELAKON Diana Danielle sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi foto bersama kekasihnya, Bern.

Lebih mencairkan hati ramai apabila Diana menulis penghargaan manis buat insan istimewa itu meskipun mengakui lelaki terbabit kuat membebel.

“Penghargaan buat lelaki kesayangan saya kerana menjadi lelaki saya. Seorang yang bijak dan berhati lembut, cuma mulut saja kuat membebel,” tulisnya.

Seperti dijangka, ruangan komen dibanjiri ucapan mendoakan pasangan tersebut segera mendirikan rumah tangga.

Diana juga nampak lebih ceria, berseri-seri dan menikmati fasa hidup baharu. Semoga kebahagiaan dikecapi berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Untunglah ada teman berkongsi cerita, Diva sahaja yang setia ditemani kerja dan kopi.

DIVA: Malam ni nak tengok konsert Memento Mori Exists ke nak layan brader rock Tiga Veto, peninglah!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok