PELAKON Salina Saibi sudah memberi amaran kepada semua pelakon yang terlibat dengan drama kepolisan Gerak Khas agar tidak terlibat dengan aktiviti sosial yang boleh menjejaskan imej mereka.
Menerusi sebuah video yang kini tular dalam media sosial, Salina dilihat memberi amaran dalam sesi mesyuarat bersama pelakon Gerak khas agar tiada siapa yang berkunjung ke kelab malam dan mengambil barang terlarang sepanjang penggambaran berlangsung.
“Sebagai artis saya nak ingatkan, kita kena jaga sikap. Ramai mata yang memandang mencari salah kita.
Pertama tak boleh pergi disko dalam masa lima bulan ini sebab orang akan cari kesilapan kita. Mereka akan tangkap gambar. Ramai yang dengki dengan Gerak Khas. Jangan disebabkan awak seorang, kita hancur. Jangang disebabkan awak seorang, kita hancur – Amaran Salina Saibi
“Kedua tak boleh minum (minuman keras). Tak boleh ambil ganja atau dadah. Paling penting jangan buat kes polis lah. Nama Gerak Khas sangat besar,” katanya.
Turut kelihatan dalam video tersebut sutradara dan penerbit Gerak Khas iaitu Datuk Yusof Haslam serta barisan pelakon iaitu Deen Maidin, Anding Indrawani, Tisha Shamsir dan C Kumaresan.
Terdahulu media melaporkan seorang pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan terkenal ditahan selepas disyaki positif dadah methamphetamine di sebuah pusat hiburan di ibu negara.
Aktres terbabit ditahan bersama 17 individu lain ketika serbuan dijalankan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur. – HIBURAN
