Curang itu ‘the biggest no-no ever’ – Hisyam Hamid

TIDAK sesekali berlaku curang, pelakon Hisyam Hamid menyifatkan perbuatan menduakan pasangan sebagai tindakan tidak boleh diterima dalam sesebuah rumah tangga.

Hisyam, 40, berkata individu yang sudah berkahwin tidak sepatutnya membuka ruang hati kepada orang lain, apatah lagi cuba menghalalkan perbuatan curang atas alasan jatuh cinta.

“Tiada istilah jatuh cinta lagi. Dalam hal ini apabila sudah ada isteri, jangan mengada-ngada nak jatuh cinta dengan orang lain.

“Nombor satu punya kesalahan yang tidak boleh dibuat dan tidak boleh berlaku apabila seseorang itu ada isteri, the biggest no-no ever (sangat terlarang),” katanya.

Malah, aktor asal Singapura turut menegaskan dia tidak akan mengkhianati pasangan andai sudah berada dalam sesebuah hubungan.

“Saya secara peribadi pun apabila berada dalam sesuatu perhubungan, tidak akan berbuat sebegitu (curang).

“Ya, kita mungkin ada kesilapan dan kesalahan, tetapi perkara yang tidak boleh dimaafkan adalah tidak setia,” ujarnya.

Hisyam berkata demikian mengulas
wataknya dalam drama 28 episod, Ikatan Terlarang yang menduakan isterinya, Azura (Erysha Emira) dengan kakak ipar merangkap rakan baik sendiri, Anabella (Mawar Rashid)

Susulan impak karakter Lukman, tidak hairandia kini dibenci penonton kerana peranan digalas menonjolkan sikap mata keranjang lelaki berstatus suami

Sementara itu, Erysha pula mendedahkan sukar melupakan pengalaman menampar Lukman selepas mengesyaki suaminya berlaku curang.

“Sebenarnya tangan saya lebam selepas lakukan babak tampar banyak kali untuk mendapatkan beberapa syot berlainan.

“Tetapi saya cuba lakukan yang terbaik dengan meletakkan diri sebagai Azura. Isteri dikhianati dan dicurangi insan paling dipercayai dalam hidupnya,” katanya.

Selain Hisyam, Erysha dan Mawar, naskhah itu turut dibintangi Adrianna Adnan, Raja Azura, Arash Mohamad, Alif Hadi, Didie Alias, Syazwan Razak, Puteri Rayyqa, Zarina Zainuddin, Yaya Maembong, Jay Iskandar dan Esma Danial.

Ikatan Terlarang yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di Slot Megadrama Astro Ria dan platform Sooka kini memasuki fasa lebih mendebarkan apabila satu demi satu rahsia keluarga terbongkar.

Drama terbitan Astro itu mengisahkan Azura, seorang usahawan memiliki kehidupan sempurna bersama suami dan anak perempuan mereka, sebelum rumah tangganya musnah akibat pengkhianatan suami dengan sahabat baik sendiri.

Selain Hisyam, Erysha dan Mawar, drama tersebut turut dibintangi Adrianna Adnan, Raja Azura, Arash Mohamad, Alif Hadi, Didie Alias, Syazwan Razak, Puteri Rayyqa, Zarina Zainuddin, Yaya Maembong, Jay Iskandar dan Esma Danial.

Ikatan Terlarang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam menerusi Slot Megadrama Astro Ria dan platform Sooka. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok