1
KALAU mahu menonton drama yang boleh membuatkan darah tinggi naik mencanak, Dendam Seorang Mentua adalah jawapan terbaik.
Naskhah arahan Feroz Kader mengisahkan pembalasan dendam Sofia lakonan Tracie yang dipenjarakan akibat pengkhianatan cinta.
Dia kembali sebagai ibu mentua kepada bekas kekasihnya demi membalas dendam terhadap sahabat baiknya, Harlina (Chacha Maembong) yang kini berkahwin dengan bekas kekasihnya itu.
Watak Harlina mengundang kebencian ramai terhadap Chacha sekali gus membuktikan kejayaan adik kepada pelakon Emma Maembong itu menghidupkan watak antagonis. – HIBGLAM
