HARI yang sepatutnya diraikan bertukar duka apabila penyanyi Aizat Amdan menerima perkhabaran pemergian abangnya, Allahyarham Amir Amdan selepas sidang akhbar pelancaran single terbaharunya bersama kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) berjudul Ajar Aku di sini, hari ini.
Tidak berkongsi secara terperinci tentang punca kematian, Aizat memaklumkan khabar duka tersebut dalam satu hantaran Instagram hari ini.
“Assalamualaikum. Segala dukacita dimaklumkan abang sulung saya, Amir Amdan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir tadi.
“Minta sedekahkan al-Fatihah buat arwah dan doakan agar segala urusan dipermudahkan,” kongsinya ringkas.
Aizat juga memaklumkan akan berkongsi maklumat lanjut mengenai semua urusan berkaitan arwah abangnya dari semasa ke semasa.
“Maklumat lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa,” ujarnya.
