Pandai pancing, Aedy teman peminat tonton wayang

MEMULAKAN tayangan sejak 7 Mei lalu, filem Tarung Unforgiven menjadi bualan hangat ramai dalam media sosial.

Diva tengok ramai juga menyatakan hasrat untuk menonton filem membariskan pelakon hebat tersebut seperti Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Zul Ariffin dan Bront Palarae.

Tapi paling menarik perhatian adalah kesungguhan Aedy mempromosikan filem terbitan pertamanya itu, aktif betul dalam Threads sampai sanggup nak teman peminat menonton Tarung.

Bila sekali sudah tawar, ramailah yang minta untuk ditemani Aedy.

DIVA tak nafikan, menjadilah cara begitu untuk tarik lebih ramai penonton ke pawagam. Tidak salah pun kalau Aedy atau mana-mana pelakon nak teman, peminat pun dapat pengalaman baru.

Apa pun, pergilah menonton Tarung di pawagam, sokong filem tempatan ya semua.

DIVA: Suka gabungan Zul Ariffin dan Bront Palarae, aura memang lain macam

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok