Dunia hiburan kembali panas apabila penyanyi seorang penyanyi, Ameer Rais mencetuskan kontroversi menerusi Threads.
Bekas anggota kumpulan Forteen itu meluahkan kekecewaan kerana tidak ditemu bual ketika Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu ke-40, namun apa mengundang amarah ramai bukan isu tersebut, sebaliknya penggunaan perkataan ‘seekor’ merujuk kepada wartawan.
Aku sudah 10 tahun tak masuk SFAJL, wartawan tak ada seekor pun interview,” tulisnya tanpa tapis.
Diva terus angkat kening kerana kurang bersetuju dengan cara luahan tersebut. Marah macam mana sekali pun, adab perlu dijaga.
Wartawan dan artis saling memerlukan, bukannya media tidak pernah menulis langsung mengenainya malah berlambak perihal lagunya bersama Mariam berjudul Puaskah itu dipromosikan dalam surat khabar mahupun dalam talian, tinggal ‘search’ sahaja.
Mujur Ameer tampil memohon maaf, meredakan sedikit bahang, legalah. Kalau tidak, makin panjang episod ‘bakar jambatan’ sendiri.
Hakikatnya, acara malam berkenaan disertai ramai artis, kekangan masa mungkin menjadi punca. Dalam industri kecil ini, janganlah berkata sedemikian, pusing macam mana pun akan bertemu juga.
DIVA: Ramai artis yang menyepi, kemudian muncul minta bantuan. Moga dipermudah urusan, masa senang jangan lupa menyimpan.
