PELAKON Datin Intan Najuwa mendedahkan pernah mengidam perkara luar biasa sepanjang tempoh kehamilan.
Tidak memperincikan kehamilan mana, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, mengakui tertarik dengan aroma produk pembersih sehingga terdetik ingin merasainya.
“Mengidam nak makan pencuci pinggan perisa lemon sebab tertarik dengan bau lemon yang segar sangat sampai rasa nak minum.
Tapi masih selamat belum pernah minum. Teringin, jadi ambil bau saja,” katanya dalam InstaStory.
Selain itu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu juga mempunyai tabiat mengunjungi bilik simpanan kasut untuk mencium bau barangan kulit atau kotak kasut.
“Setiap jam kena cari bau kotak kasut baru atau kulit kasut.
“Memang gila setiap jam saya duduk dalam bilik kasut,” kongsinya lagi.
Bukan sekadar bau-bauan, Intan turut berkongsi kegiatan mengunyah ais secara kerap.
Kunyah ais 24 jam sebab selalu nak gigih benda rangup dan sejuk.
“Semuanya selamat, saya buat pemeriksaan, tiada anemia atau tiada kekurangan zat besi.
“Saya hanya teringin benda rangup dan sejuk setiap masa,” katanya lagi.
Untuk info, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ahmad Azraf pada Ogos 2023.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara pada 15 Disember 2024.
Pada Februari lalu, Intan berkongsi khabar gembira apabila sedang hamil anak kedua. – HIBGLAM
