‘Sakit gigi ya?’ – Ada apa dengan wajah Melly Goeslaw

PERUBAHAN ketara wajah penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw mengejutkan ramai peminat setianya.

Dalam foto yang tular, Melly dilihat berlainan dengan wajahnya sebelum ini.

Disebabkan perubahan ketara itu, ramai netizen membuat spekulasi Melly telah melakukan pembedahan kosmetik.

Melly Goeslaw kenapa jadi begini? Berbeza sangat wajahnya dengan yang dulu. Sumpah benar-benar tak sangka ini adalah Melly Goeslaw,” komen netizen.

Malah ada juga yang menyangka penyanyi yang akan melangsungkan konsert di Kuala Lumpur pada 31 Mei depan itu  sakit gigi.

Teh Melly sakit gigi ya? Kenapa mukanya bengkak?’” komen netizen.

Netizen turut menyamakan wajah baharu Melly persis penyanyi terkenal, Lesti Kejora.

Melly akan kembali ke Malaysia sempena Konsert Ada Apa Dengan Melly .. ? Prom Nite yang akan berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok