KAMI memang saling memahami dan serasi tetapi semua itu atas dasar kerja.”
Demikian antara penjelasan pengacara dan pelawak, Zizan Razak mengenai kemesraannya dengan pelakon, Emma Maembong dalam sebuah kempen hari raya bagi mempromosikan sebuah jenama pakaian baru-baru ini.
Zizan, 40, berkata, keserasian dan kemesraan mereka turut mengimbau momen hubungan cinta mereka suatu ketika dahulu.
“Pada saya keserasian dengan Emma memang jelas. Kami memang ‘ngam’ dari sudut profesional dalam bekerja.
Saya dan Emma memang saling memahami, rasa memggamit kembali apa yang kami lalui dulu tetapi kalau nak pergi arah lain tidak terfikir.
“Pada saya kalau nak bekerjasama dengan Emma pada masa akan datang, saya okey dan menadah tangan,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.
Meraih pujian kerana masih boleh bekerjasam dengan bekas kekasih, dia berpendapat perkara tersebut berlaku kerana dirinya semakin matang.
Mungkin ada juga bekas-bekas kekasih yang saya tak boleh bercakap dan sebaliknya tetapi kita pun semakin hari semakin matang.
“Mungkin kami pernah sama-sama salah. Kalau betul matang, lupakan benda tak perlu pada masa akan datang.
Emma pun ada kenalkan saya dengan anak-anak dia. Sudah rasa seperti anak sendiri.
“Kita doakan yang baik-baiki untuk Emma dan anak-anaknya. Saya juga ada hubungan yang baik dengan bekas suaminya, Shazli,” katanya lagi.
Ditanya sama ada mereka mempunyai kemungkinan untuk kembali menjalin hubungan cinta, Zizan tidak memikirkan hal tersebut sebaliknya mendoakan terbaik buat Emma.
Buat masa ini tak terfikir untuk kembali bersama, mustahil pun tak boleh cakap sebab saya bukan orang yang tentukan masa depan.
“Doakan yang baik-baik. Apa apa keputusan saya doakan untuk semua.
“Selepas putus ada juga jumpa dengan dia tetapi selalunya bertemu di majlis-majlis sebegini,” ujarnya.
Ditanya sama Emma masih individu yang sama dikenalinya 10 tahun lalu, Zizan mengakui personaliti aktres tersebut berbeza ketika bersamanya.
“Jujurnya, bila jumpa saya, personaliti dia lain. Dia jadi Emma yang saya kena dulu.
Saya melayan sahaja perangai dia dan semua itu hanya untuk kerja. Kami cuba sedaya upoaya untuk promosikan jenama yang ambil kami sebagai duta.
“Namun, semua itu bukan dibuat-buat, semuanya berlaku begitu sahaja tanpa sebarang skrip,” jelasnya.
Terdahulu, Emma dan Zizan dipuji bersikap profesional apabila mereka dilantik sebagai wajah kempen raya sebuah jenama pakaian baru-baru ini.
Keserasian mereka membuat ramai netizen mendoakan agar mereka kembali menjalin hubungan cinta.
Sebelum ini, mereka pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun sebelum memilih haluang masing-masing pada tahun 2015.
Untuk rekod, Emma pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Shazli Azhar 20 Februari 2020 namun mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan sudah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, Emma dan Shazli dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun. – HIBGLAM