HADIR ke majlis pelancaran beg jenama mewah Louis Vuitton di Singapura, pelakon Raline Shah dituduh tidak melakukan kerja selepas dilantik menjadi pegawai khas Kementerian Komunikasi dan Digital (Komdigi).
Raline atau nama lengkapnya Raline Rahmat Shah, 39, bagaimanapun tampil membuat pencerahan dengan memaklumkan kehadirannya ke acara terbabit merupakan sebahagian daripada tugasnya sebagai pegawai khas kerajaan.
“Saya masih melakukan pekerjaan utama dan tidak akan pernah meninggalkan tanggungjawab. Ini adalah sumbangan saya selain pekerjaan profesional.
“Minggu hadapan mudah-mudahan kita akan mencapai kesepakatan dengan Komdigi untuk bekerja melalui media sosial saya,” katanya.
Difahamkan, pelakon filem 5cm itu sudah menyiapkan beberapa projek melibatkan kerjasama dengan perusahaan swasta dan pemerintah di luar negara termasuk Singapura dan India. – HIBGLAM