DEMI mencipta kelainan dan mengamatkan suasana, penyanyi Tomok dan Siti Nordiana mendendangkan lagu Blackpink, Kill This Love dalam Konsert Tomok & Siti Nordiana Memori Mungkin Berulang.
Menurut Tomok, meskipun sukar, lagu popular K-pop itu cukup istimewa buat mereka berdua.
“Lagu ini (Kill This Love) mengimbas kenangan kerana kami pernah menyanyikannya pada pusingan battle di pentas Akhir All Star Gegar Vaganza 2023,” ujar Tomok.
Dalam pada Siti Nordiana atau Nana mengharapkan peminat terhibur dengan lagu Kill This Love versi mereka.
“Saya cuba, walaupun mungkin akan kedengaran bunyi Sendayan sedikit,” ujar Nana sambil ketawa.
Selain itu, mereka juga bijak menarik perhatian peminat apabila mendendangkan lagu popular Bollywood iaitu Kuch Kuch Hota Hai dan Koi Mil Gaya.
Melihat sambutan yang cukup memberansangkan, Tomok berharap dapat membawa konsert yang sama ke Singapura pada masa depan.
“Rasanya boleh untuk dibawa ke Singapura, tetapi terpulang kepada pihak penganjur. Jika dilihat daripada sambutan boleh dikatakan ‘full house’.
“Mungkin kita akan bawa Siti Nordiana, Tomok dan Newboyz. Apa pun terima kasih kepada peminat yang nenyokong kerjaya kami sejak dahulu sehingga ke hari ini,” ujar Tomok.
Secara keseluruhan sebanyak 23 buah lagu didendangkan dalam konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu. – HIBGLAM