Kendrick Lamar kecewakan peminat Superbowl 2025?

MENJADI tumpuan dunia, musim ini menyaksikan giliran penyanyi Kendrick Lamar memanaskan acara Halftime Superbowl 2025 yang berlangsung di Caesars Superdome, New Orleans, Amerika Syarikat.

Penerima empat trofi Anugerah Grammy, baru-baru ini nyata mengecewakan khalayak sehingga persembahannya dilabel netizen sebagai ‘worst halftime show ever.’

Biarpun penampilan artis tidak dibayar penganjur, segmen nyanyian dalam kejohanan berprestij dikenali sebagai acara Halftime Superbowl itu merupakan siaran televisyen paling tinggi tontonan setiap tahun.

Sekali gus, pemilihan Lamar, 37, untuk edisi kali ini dianggap sebagai satu kesilapan kerana ramai lagi penghibur lain dirasakan lebih layak berada di pentas tersebut.

Selama bertahun-tahun ramai penyanyi sedia beraksi secara percuma dalam Superbowl termasuk Beyonce hingga The Weeknd.

Meskipun tiada bayaran, NFL selaku pengelola menanggung semua kos pertunjukkan, malah menerusi semakan pihak terbabit membelanjakan sekitar RM40 juta bagi setiap persembahan berdurasi antara 12 hingga 15 minit.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok