43
SUSULAN permohonan ikat jamin ditolak, penyanyi rap P. Diddy atau Sean Combs terpaksa menyambut Krismas dan Tahun Baharu di sebalik tirai besi bersama banduan lain.
Harapannya menyambut hari penting itu bersama insan tersayang berkecai selepas tiga kali permohonan ikat jamin yang diajukan peguamnya ditolak mahkamah.
Ini kerana kes yang disabitkan terhadapnya membabitkan pemerkosaan, kekerasan fizikal dan penggunaan dadah.
Berikutan gagal mendapat ikat jamin sehingga kes dibicarakan pada 5 Mei 2025, P. Diddy dikatakan mengalami masalah depresi.
Sumber dalaman mendedahkan selebriti kontroversi itu diberikan rawatan bagi mengurangkan tekanan. – HIBGLAM