Aduhai Raysha Rizrose, lepas bersalin masih cantik!

COMEL sungguh puteri sulung pelakon Raysha Risrose yang dilahirkan pada 27 Disember lalu.

Dinamakan Raiya Nadine, memang kena betul dengan tuan punya badan yang tentu sahaja secantik ibunya apabila dewasa kelak.

Peminat pun tumpang gembira dengan kehadiran si kecil yang melengkapi hidup Raysha dan suaminya, Nabil Jeffri dengan meninggalkan komen manis dalam Instagram.

Namun, paling menarik perhatian adalah pujian orang ramai terhadap kecantikan semula jadi adik pelakon Uqasha Senrose itu yang dikatakan tetap jelita meski baru keluar dari bilik bersalin.

Rata-rata menyifatkan Raysha cantik tanpa secalit mekap hatta bedak sekali pun, sekali gus membandingkan diri mereka dengan pelakon itu,

Macam-macam komen membanjiri hantaran foto Raysha bersama bayi bahkan ada yang mendakwa diri mereka seperti hantu mak lampir sebaik keluar dari dewan bedah.

Lucu tetapi memang ada kebenarannya kerana ramai ibu kehilangan tenaga ketika proses bersalin sehingga wajah mereka nampak pucat dan tidak bermaya.

Bukanlah bermakna ibu yang tidak nampak segar selepas bersalin enggan jaga penampilan, cuma Raysha masih muda dan miliki kulit ‘glowing’, jadi itu bonus buat dirinya.

Diva: Syahdu baca pengakuan Nabil yang menangis melihat perjuangan isteri melahirkan zuriat mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok