30
TAMPAK bahagia, rupa-rupanya penyanyi IU mendedahkan dirinya menderita Sindrom Skeeter iaitu alahan teruk terhadap gigitan nyamuk.
Pemilik nama lengkap Lee Ji-eun itu memaklumkan gigitan nyamuk akan membuatkan kulitnya membengkak sehingga terpaksa mengambil ubat.
Saya mempunyai reaksi yang serius apabila digigit nyamuk sehingga menyebabkan benjolan besar.
“Perkara tersebut bertambah teruk sehingga saya perlu ambil antibiotik,” katanya dalam satu temu bual.