136
KECEWA dengan sikap penganjur konsert yang tidak cakna tentang keselamatan artis dan peminat, anggota kumpulan Seventeen, Seungkwan tampil bersuara agar isu tersebut tidak dipandang enteng.
Ujar idola berusia 27 tahun itu, penyanyi seperti mereka bukanlah objek komersial yang boleh diperlakukan tanpa mengambil kira keselamatan atau kesejahteraan peminat.
“Walaupun kami artis, kami tetap manusia yang tidak kebal dengan segala benda.
“Idola K-pop wajar dilindungi, begitu juga dengan penggemar yang setia menyokong mereka, jangan rasa hal ini remeh temeh, ini berkaitan keselamatan,” tegasnya menerusi platform media sosialnya. – HIBGLAM