Anak pilih hidup tanpa agama, Britney Spears kecewa

WALAU sering terkait kontroversi, penghibur sensasi Britney Spears mahu dua puteranya, Sean Preston, 20, dan Jayden James, 19, hidup berpaksikan agama.

Namun salah seorang anaknya tidak mempercayai kewujudan tuhan apabila memilih hidup tanpa agama sekali gus membuatkan Spears berasakan dirinya gagal sebagai ibu.

Spears meluahkan kesedihan malah menegaskan pegangan spiritualnya kekal utuh selain percaya setiap insan berpeluang masuk ke syurga.

Dalam luahan panjang dan emosional menerusi X, dia berharap kedua-dua permata hatinya itu dapat melalui kehidupan sebagai manusia yang mempunyai pegangan.

Biarpun pernah berada di bawah kawalan konservatori selama 13 tahun, Spears berharap dapat menunaikan tanggungjawab kepada anak-anaknya semula.

Dia turut mendakwa sepanjang tempoh itu dia tidak pernah diberi peluang menjadi diri sendiri atau ibu.

Di penghujung luahan, Spears menyifatkan dirinya sebagai ‘malaikat’ dan berharap dapat kembali mendekati bersama anak-anaknya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok