‘Mulut longkang’ Kim Jong-kook dikecam lagi

SUKA cakap lepas,  nama penyanyi Kim Jong-kook sekali lagi meledak dalam media sosial 

bahkan dikecam teruk apabila tidak menjaga hati salah seorang tetamu program Running Man iaitu seorang youtuber, Jonathan.

Mana tidaknya, menerusi program berkenaan, lelaki berusia 48 tahun itu  menyindir Jonathan dengan mengatakan hadir ke majlis perkahwinan Jo Se-ho tanpa memberikan apa-apa hadiah.

“Jonathan ni tidak memberi apa-apa hadiah sebagai tanda tahniah di majlis perkahwinan Jo Se-ho.

“Tapi dia hanya sibuk mengisi perutnya dengan makanan,” katanya. 

Riak wajah ceria Jonathan bertukar kelat, rata-rata netizen menyifatkan gurauan kasar Jong-kook tidak bertempat dan keterlaluan.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen berpendapat gurauan itu tidak wajar memandangkan Jonathan masih muda dan mungkin belum kukuh kewangan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok