KOS Pendidikan yang semakin tinggi membuatkan penyanyi dan pelakon Lufya Omar memilih untuk membuat persediaan awal.
Kata Lufya atau Lufhyah Sheikh Omar, 39, dia sudah membuat simpanan pendidikan buat anaknya iaitu Laana Haura sejak hari pertama dilahirkan.
Malah dia turut menasihatkan agar ibu bapa tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.
Pendidikan anak memang mahal. Kita tidak boleh hendak mengharapkan bantuan kerajaan saja untuk tanggung anak kita.
“Simpanan untuk anak memang saya sudah sediakan sejak hari pertama dia lahir,” katanya dalam satu kenyataan dalam Instagram.
Lufya turut mencadangkan beberapa alternatif simpanan pendidikan yang dapat membantu meringankan kos pembelajaran anak-anak.
“Ada banyak tempat kita boleh buat simpanan. Boleh membuat simpanan dalam insurans, SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) dan pelaburan emas.
Mereka yang mempunyai anak wajib membuat simpanan dan tidak boleh bergantung kepada kerajaan bagi menampung kos pendidikan.
“Kalau berjaya dan kerajaan tanggung, alhamdulillah rezeki, tetapi jangan harap 100 peratus,” katanya.
Terdahulu Lufya memfailkan tuntutan mutaah sebanyak RM1 juta terhadap bekas suami iaitu Dr Che Hafiz dan kes tersebut masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Katanya, jumlah tersebut adalah untuk simapnan masa hadapan bagi membolehkan anak mereka yang kini berusia tujuh tahun menyambung pelajaran di peringkat universiti kelak. – HIBGLAM