TINDAKAN bintang rap MK mengusap dan mencium perut isterinya seperti memberi bayangan bahawa pasangan itu akan dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.
Perkara itu dilihat dalam satu video yang dimuat naik dalam Instagram milik MK atau nama lengkapnya Muhammad Hairi Amin, 28.
Dalam video itu juga menunjukkan isterinya Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, seolah-olah hamil terutama saat dia memegang perutnya yang menampakkan bonjol bayi (baby bump).
“Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah untuk semua nikmat nikmat mu ya Allah.
“Rezeki yang melimpah-ruah, sentiasa bersyukur,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Video tersebut merupakan perkongsian sempena ulang tahun kelahirannya termasuk memaparkan perjalanan kerjaya seni bersama insan tersayang.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kesejahteraan MK dan isteri.
“Alhamdulillah, MK junior bakal kita lihat nanti.
“Semoga MK dan Hajar berbahagia hingga ke jannah.
“Masya-Allah, semoga semuanya berada di bawah lindungan Allah,” komen peminat.
Bagaimanapun pelakon drama Aku Bukan Ustazah itu sudah beberapa kali mengelakkan diri daripada menjawab tentang kesahihan kehamilan isterinya.
Khabar angin mengatakan Hajaar hamil hangat diperkatakan apabila khalayak melihat perubahan fizikal ke atas Hajaar.
MK dan Siti Hajaar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun tahun lalu. – HIBGLAM