LARIAN, lawan pedang, bola tampar, gusti. Apakah persamaan kesemua ini? Semuanya menjadi ilham untuk siluet terbaharu seleksi Run Star Trainer daripada jenama kasut kegemaran ramai sepanjang zaman, Converse.
Melengkapi cita rasa umum yang sering berubah namun dalam sama kekal mahukan satun identiti, Converse bermatlamat untuk mencipta konsep baharu yang diilhamkan masa lampau, namun direka untuk hidup moden – membuahkan satu gaya baharu untuk mereka yang menitikberatkan sifat-sifat versatile, ekspresi diri, dan keselesaan.
Satu kelainan baharu berbanding produk-produk lazim Converse, Run Star Trainer telah mensintesiskan ‘DNA’ Converse, sebelum memodenkannya melalui sejarah sukan Converse yang panjang dan tidak diketahui ramai. Siluet baharu ini adalah bukti keupayaan Converse mengambil ilham dari sejarahnya dan gayanya yang diketahui ramai, sebelum menunjukkan imaginasi untuk mereka semula kasutnya. Malahan, rekaan terbaharu Converse ini turut mengambil ilham dari seni moden seperti seni tembikar.
Run Star Trainer meyantuni hampir 20 siluet warisan Converse, di mana semuanya telah direka khusus untuk sukan termasuklah karate, lawan pedang, bola sepak, gusti, lompat kijang dan juga lari berhalangan. Corak luar tapak kasut ini turut mengambil ilham dari rekaan Chuck Taylor All Star, namun dipanjangkan secara unik sepanjang tumit dan serta diterapkan dengan logo bintang daripada kasut Run Star Hike yang telah diperkenalkan sekitar 2019.
Semangat penerokaan sememangnya komponen penting untuk jenama Converse dan ini telah membantu menjana eksperimen-eksperimen rekaan dari segi warna, kemuatan, bahan, dan saiz. Gabungan bahan untuk Run Star Trainer – nilon, suede, dan kulit – menjanjikan dimensi yang baik untuk bahagian atas kasut, yang diiringi pilihan-pilihan warna yang berani seperti Wren Emas, Biru, Merah, Egret, dan Hitam. Semuanya kini tersedia.
Siluet baharu ini telah direka dengan semangat dan perspektif baharu terhadap kemuatan, rupa bentuk, dan kedudukan lazim kasut-kasut Converse, dan ia adalah produk terkini dalam senarai produk-produk baharu Converse setahun ini.
Run Star Trainer Converse kini boleh didapati di butik-butik di seluruh dunia bermula 18 Jun 2024 di Converse.my dan Converse The Exchange TRX. – HIBGLAM