Anak dilanda ‘kifarah’, Kazar Saisi mengaku ‘outstation’

PELAKON Kazar Saisi mendakwa tidak tahu-menahu tentang spekulasi perceraian anaknya, Ira Kazar dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

“Saya tak tahu, saya ‘outstation’ (berada di luar kawasan),” katanya yang enggan mengulas lanjut sebelum panggilan terputus.

Hari ini tular khabar angin mengatakan seorang sutradara terkenal menceraikan isterinya melalui kiriman whatsapp.

Bukan sahaja diceraikan, wanita tersebut juga didakwa sudah pun dihalau keluar dari kediaman mereka.

Terdahulu, bapa kepada Syamsul yang juga penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam menegaskan tidak mengetahui situasi rumah tangga anak sulungnya itu dan memilih untuk tidak mengulas lanjut perkara itu kerana bimbang akan memburukkan lagi keadaan sekiranya tersalah memberi kenyataan.

Menurut Yusof, dia juga tidak mendapat sebarang khabar berita mengenai Syamsul memandangkan sudah lebih setahun mereka tidak berjumpa.

Bagaimanapun sebagai ayah dia sentiasa mendoakan kebahagian rumah tangga antara Syamsul dan Ira.

Syamsul bernikah dengan anak kepada aktor Kazar Saisi pada 6 Januari lalu di Thailand, sekali gus meleraikan spekulasi hubungan mereka yang dikatakan sudah terjalin sejak empat tahun lalu.

Sebelum bernikah dengan Ira, Syamsul pernah berkahwin dengan aktres Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pada pada 8 Mac 2014.

Namun, rumah tangga mereka hanya bertahan selama sembilan tahun apabila Syamsul akhirnya menceraikan Puteri Sarah dengan talak satu pada 14 Jun lalu.

Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok