Jo In-sung nafi kahwini juruhebah

SPEKULASI perkahwinan antara pelakon Jo In-sung dengan bekas juruhebah iaitu Park Sun-young hangat menjadi bualan netizen,  baru-baru ini. 

Namun, pihak agensi aktor itu, IOK Company menafikan dakwaan berita yang disifatkan tidak berasas tersebut.

“Kami mengesahkan bahawa khabar angin itu (perkahwinan) tidak benar sama sekali. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jo In-sung tidak merancang untuk berkahwin dengan Park Sun-young dan mereka tidak bercinta,” kata wakilnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok