Siapa kekasih Keith Foo, Riena Diana atau Tiz Zaqyah?

PENGAKUAN pelakon Riena Diana dan Keith Foo yang dikatakan sedang hangat bercinta mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan peminat mengenai kesahihan hubungan mereka.

Perkara itu timbul kerana terdapat pengguna media sosial yang mengatakan tindakan kedua-dua pelakon terbabit hanyalah untuk mempromosikan drama bersiri TV3, Salju Rindu.

Malah, netizen turut mengaitkan nama pelakon Tiz Zaqyah sebagai kekasih Keith yang sebenar.

“Bukan ke Keith Foo bercinta dengan Tiz Zaqyah? Dah putus ke?

“Ini untuk drama atau betul?” soal netizen.

Bagaimanapun netizen juga tidak menolak bahawa hubungan Keith dan Tiz Zaqyah sekadar teman rapat berdasarkan kenyataan aktor tersebut dalam satu siaran langsung dalam TikTok.

“Hari itu Keith Foo ada live di TikTok, ada orang kata fasal Tiz, Keith Foo kata dia dengan Tiz tiada apa-apa. Media yang buat cerita.

“Betul. Saya pun ada dalam live mereka masa itu.

“Aku tak rasa sekadar kawan. Mereka datang Sarawak lain macam ambil gambar,” komen netizen dalam Instagram.

Sebelum ini Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkata, hubungan istimewa dengan Keith Foo terjalin ketika mereka terbabit penggambaran drama tersebut.

Riena turut mengharapkan agar orang ramai mendoakan hubungan cinta mereka kekal selamanya.

Dia juga mengakui Keith memiliki personaliti yang menyenangkan dan penyayang selain tidak menghiraukan status duda anak satu.

“Keith seorang lelaki yang baik dan kami saling mengambil berat antara satu sama lain.

“Saya tahu mengenai statusnya (duda anak satu) dan ia bukan satu masalah untuk saya memandangkan kami sedang menguruskan perkara ini,” katanya

Sebagai rekod, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015 dan dikurniakan anak perempuan bernama Skylar, 7.

Mereka bagaimanapun sepakat bercerai secara baik pada hujung 2019.

Sementara itu, Riena pula mendedahkan hubungannya dengan kekasihnya, Nik Afiq berakhir pada penghujung tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok