‘Nightmare’, monyet liar ceroboh rumah Azhar Sulaiman

PELAKON senior Azhar Sulaiman bengang apabila kediamannya diceroboh masuk sekawan monyet liar, baru-baru ini.

Lebih teruk kata Azhar, 51, sekumpulan monyet tersebut bukan sahaja menceroboh malah melakukan ‘onar’ dengan merosakkan barangan yang ada dalam rumahnya sehingga berselerak.

“Nak mengeluh pun tak guna sebab Behar artikek untuk rumah ini.

Pada asalnya, saya reka banyak pintu macam ini supaya waktu petang bolehlah nak ambil angin segar.

“Akhirnya monyet pula yang masuk, habis berselerak rumah,” katanya menerusi hantaran dalam TikTok.

Terkejut dengan keadaan tersebut, bapa kepada pempengaruh Kasih Iris Leona itu menyifatkan apa yang berlaku di rumahnya sebagai satu mimpi buruk.

Weh, ‘nightmare’ gila. Apahal ‘diorang’ ini ya?,” ujarnya di akhir video.

Video tersebut tular dalam media sosial dan rata-rata netizen memberikan pendapat kepadanya untuk meningkatkan sekuriti dengan memasang pagar jeriji.

“Kata kaya, pakaila pagar jeriji ke apa, tingkatkan lagi keselamatan rumah awak tu Behar,” komen netizen.

“Kalau soal binatang, kena tanya pihak berkuasa dalam bidang tersebut, binatang tiada akal, manusia kena fikir,” tulis seorang lagi netizen. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok