Lagu ‘Fujiyama’ tinggi, saya terseksa – Thamiera The Gadys

Anggota kumpulan The Gadys, Thamiera Chan mengakui lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia yang disampaikan ketika Anugerah KNKV Viral 2024 terlalu tinggi sehingga mengakibatkan nyanyiannya serba tidak menjadi.

Katanya, situasi berkenaan mencetuskan keadaan yang membuatkannya berasa terseksa sepanjang membawakan lagu nyanyian asal Ria Resty Fauzi, namun tetap reda berdepan impak persembahan mereka.

Sebenarnya lagu tersebut sedap, cuma mungkin tidak sesuai dengan vokal saya kerana bernada terlalu tinggi.

“Disebabkan itu saya agak terseksa untuk menyanyikannya, tapi tidak mengapa, benda sudah terjadi,” katanya.

Kenyataan tersebut dibuat menerusi komen sebagai respons terhadap pujian seorang peminat merujuk kepada nyanyiannya ketika menyampaikan lagu Tapi Tahukah Kamu? nyanyian asal Dygta dalam TikTok.

“Sebenarnya lagu Fujiyama (Cintaku Sampai Ke Ethiopia) memang tidak sedap. Suara dia sedap sahaja,” ujar individu terbabit.

Sebelum ini, The Gadys dikecam teruk gara-gara nyanyian lagu medley Cintaku Sampai Ke Ethiopia, Cinta Sampai Mati (Raffa Affar), dan Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim) pada acara anugerah yang ditayangkan menerusi RTM dikatakan sumbang.

Dalam masa sama, pihak pengurusan tampil mempertahankan mereka dengan menjelaskan berlaku kesilapan teknikal ketika persembahan kumpulan terbabit. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok