Kami baru kahwin 3 tahun, tak nak ‘cakap besar’ – Ernie Zakri

PENYANYI Syamel sentiasa berharap agar rumah tangganya dengan Ernie Zakri dipelihara daripada ‘campur tangan’ orang ketiga atau penyondol.

Menurut Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd. Fodzly, 31, isu penyondol adalah perkara sensitif untuk diperkatakan malah turut memberi kesan terhadap emosinya setiap kali cerita sebegitu muncul dalam media sosial.

“Melihat semua yang berlaku, kami pun takut setiap kali keluar isu begitu sebab melibatkan lelaki dan perempuan.

“Jadi, kami sentiasa ambil pengajaran agar tak terjurumus ke arah itu. Apabila baca terus kami beringat dan berdoa benda yang baik-baik sahaja,” katanya kepada HibGlam usai Wacana Srikandi sempena Hari Wanita di sini, hari ini.

Sebelum ini, seorang pemuzik dikenali Anwar Amzah mendakwa dirinya menjalinkan hubungan sulit Ernie namun dinafikan sekeras-kerasnya penyanyi tersebut. – SADDAM YUSOF

Sementara itu, Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, pula berkata, isu penyondol adalah perkara berat untuk diulas malah dirinya akan sentiada di pihak wanita yang teraniaya.

Bab sondol menyondol adalah satu perkara isu berat dan pastinya saya akan menyebelahi wanita yang menjadi mangsa.

“Namun, saya tetap tak boleh nak ulas lanjut sebab tidak memahami situasi dan berada di tempat mereka,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, pelantun lagu Gundah itu berkata, pendiriannya untuk tidak mengulas hal tersebut kerana perkahwinan yang dibini baru berusia tiga tahun.

Saya dan Syamel baru berkahwin selama tiga tahun, sebab itu tidak boleh komen isu sondol menyondol itu.

“Apapun, perkahwinan bukan setakat tentang komunikasi tetapi juga saling melengkapi.

“Kalau tidak pandai masak, usahalah. Tonton YouTube dan cuba. Jika suami suka masak lemak cili api, saya akan usaha untuk lakukannya,” ujarnya.

Terdahulu, seorang pemuzik dikenali Anwar Amzah mendakwa dirinya menjalinkan hubungan sulit Ernie.

Ernie bagaimanapun menegaskan dakwaan tersebut mengarut dan dia juga sudah lama diganggu individu terbabit dalam media sosial.

Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 di Masjid Puncak Alam dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha kini berusia dua tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok